| |

| Taman Anggerik Tenggara 1B merupakan fasa baru dari kesinambungan projek Taman Anggerik Tenggara @ Bandar Tenggara yang telah siap pada tahun 2006. Taman Anggerik Tenggara merangkumi lebih dari seribu unit rumah yang terdiri daripada teres setingkat, dua tingkat dan kedai setingkat dan ia telah menjadi nadi pembangunan dan aktiviti perniagaan di Bandar Tenggara. Taman ini juga berdekatan dengan kemudahan- kemudahan seperti hospital, sekolah, bank dan kegiatan industri. |
|

|