Menu

Sinar

04 August, 2024

2.6 Tan Durian Percuma Habis Dalam Tempoh Tiga Jam

2,000 pengunjung hadir di Pesta Durian percuma Matrix Concepts di Bandar Sri Sendayan, dengan 2.6 tan durian premium habis dalam masa tiga jam sahaja.

Editorial.

Habisnya 2.6 tan durian premium dalam masa tiga jam, dengan orang ramai mula beratur seawal jam 10 pagi, adalah bukti yang paling jujur bahawa komuniti Bandar Sri Sendayan dan sekitarnya benar-benar menghargai momen seperti ini. Pesta Durian kami di Bayu Sutera Galleria bukan sekadar majlis buah-buahan, ia adalah cara kami berterima kasih kepada lebih 2,000 pengunjung yang telah menyokong kami selama ini, termasuk mereka yang datang jauh dari Selangor semata-mata untuk bersama kami. Setelah sekian lama sejak edisi terakhir pada 2019, kami gembira dapat menghidupkan semula tradisi ini. Ketahui lebih lanjut tentang kehidupan komuniti di Bandar Sri Sendayan di halaman pembangunan kami.

The Story.

Sebanyak 2.6 tan durian premium percuma habis dalam tempoh tiga jam selepas diserbu orang ramai pada Pesta Durian anjuran Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) di Bayu Sutera Galleria di sini pada Sabtu.

Meskipun pesta berkenaan dibuka jam 11 pagi, namun seawal jam 10 pagi orang ramai sudah pun mula beratur untuk merasai raja buah berkenaan.

Antara durian yang disediakan ialah musang king, D24, IOI dan teka. Ketua Pegawai Pemasarannya, Lim Kok Yee berkata, kira-kira 2,000 pengunjung yang hadir iaitu melebihi daripada jangkaan. Ketua Pegawai Pemasarannya, Lim Kok Yee berkata, kira-kira 2,000 pengunjung yang hadir iaitu melebihi daripada jangkaan. “Kali terakhir kita adakan program ini pada tahun 2019 dan ia bertujuan menghargai orang ramai yang sentiasa menyokong kami sekali gus ruang untuk dekat dengan komuniti.

“Mereka yang datang bukan saja dari Negeri Sembilan, tapi juga ada yang dari Selangor,” katanya pada Sabtu. Menurutnya, selain durian, buah-buahan tempatan lain turut disediakan seperti rambutan, manggis dan tembikai.