23 April, 2024
Matrix Concepts lancar fasa kedua Resort Villa di Bandar Sri Sendayan dengan 20 unit banglo mewah mesra alam. Fasa pertama habis terjual dalam masa tiga bulan.
Apabila 14 unit fasa pertama Resort Villa habis terjual dalam masa tiga bulan, kami tahu kami perlu bergerak cepat untuk fasa kedua. Kini, 20 unit banglo dua tingkat baharu ditawarkan di tengah-tengah Bandar Sri Sendayan, masing-masing direka dengan teliti menggabungkan kemewahan, keselesaan dan ciri mesra alam seperti pemanas air suria dan sistem tuaian air hujan. Dengan keluasan binaan antara 6,839 hingga 7,749 kaki persegi dan sistem keselamatan canggih termasuk pengecaman plat nombor, ini adalah kediaman untuk mereka yang tidak bersedia berkompromi dalam apa jua aspek kehidupan. Ketahui lebih lanjut tentang Resort Villa dan pembangunan eksklusif kami di Bandar Sri Sendayan di halaman pembangunan kami.
Sebanyak 14 unit fasa satu Resort Villa yang dibangunkan Matrix Concpets Holding Bhd (Matrix Concepts) di Bandar Sri Sendayan, di sini, habis terjual dalam tempoh tiga bulan selepas dilancarkan pada April tahun lalu.
Susulan itu pemaju berkenaan kini melancarkan fasa kedua dengan menawarkan sebanyak 20 lagi unit banglo dua tingkat yang direka dengan teliti menggabungkan ciri keanggunan, keselesaan dan ketenangan yang mewah.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chai Keng Wai berkata, projek yang dijangka siap sepenuhnya pada 2026 itu mempunyai anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak RM135.9 juta.
“Pembangunan pegangan bebas seluas 16 ekar ini menawarkan tiga jenis susun atur bagi projek dua fasa yang dijangka siap pada pertengahan 2026. Fasa kedua baru dilancarkan bulan ini.
“Projek dengan ciri mesra alam seperti pemanas air suria dan sistem air hujan penuaian ini, kami bukan hanya membina rumah, malah sedang membina masa depan yang mampan dan mempamerkan kemewahan serta gaya hidup yang tiada tandingan,” katanya di sini baru-baru ini.
Terdahulu beliau hadir pada Majlis Apresiasi Media Matrix Concepts di perkarangan villa berkenaan bertujuan menghargai pengamal media yang sentiasa bekerja rapat dengan syarikat korporat itu.
Menyentuh mengenai kawalan keselamatan, Keng Wai berkata, pihaknya mengutamakan ketenangan fikiran pelanggan dengan menawarkan ciri keselamatan premium dengan sistem rumah pintar yang canggih.
“Penduduk boleh menikmati langkah keselamatan lanjutan termasuk sistem pengecaman nombor pendaftaran di pintu masuk, rondaan keselamatan sepanjang masa dan sistem penggera keselamatan lengkap dengan butang panik serta penderia magnet dan getaran yang tersedia di setiap rumah,” katanya.
Mengulas mengenai lokasinya, beliau berkata, banglo dua tingkat dengan keluasan binaan antara 6,839 hingga 7,749 kaki persegi itu dilengkapi dengan tiga jenis susun atur berbeza.
“Resort Villa terletak di tengah-tengah Bandar Sri Sendayan dan ia adalah lambang kemudahan dan kehidupan mewah.
“Dengan sekolah yang terkemuka, kemudahan rekreasi bertaraf dunia, rumah kelab dan hub komersial yang anda mungkin inginkan tepat di depan pintu, kami benar-benar menawarkan yang terbaik,” katanya.

