Menu

Utusan Malaysia

23 January, 2024

Matrix Concepts Peruntuk GDV RM523j untuk Levia Residence

Levia Residence di Cheras catat kadar pengambilan 75% dengan GDV RM523 juta. Ketahui lebih lanjut tentang projek kondominium mewah terbaru Matrix Concepts di KL.

Editorial.

Sambutan terhadap Levia Residence di Cheras telah mengesahkan apa yang kami percaya sejak awal, bahawa pasaran di Lembah Klang mahukan kediaman yang menggabungkan kemewahan hotel dengan harga yang boleh dicapai. Dengan kadar pengambilan 75 peratus merentas kedua-dua menara dan semua unit Jenis A yang paling mampu milik telah habis terjual, projek kondominium 36 tingkat dengan GDV RM523 juta ini sedang berjalan dengan momentum yang mengujakan. Siap dijangka pada suku ketiga 2027, Levia Residence mewakili langkah penting kami dalam membina kehadiran yang kukuh di Lembah Klang. Ketahui lebih lanjut tentang Levia Residence dan pembangunan kami yang lain di halaman pembangunan kami.

The Story.

Pemaju perumahan, Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) memperuntukkan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM523 juta untuk projek terbaharunya, Levia Residence di Cheras.

Projek kediaman jenis kondominium 36 tingkat itu melibatkan dua menara dengan 778 unit di atas tanah seluas 1.9 hektar tanah.

“Menara A projek berkenaan, yang terdiri daripada 389 unit meliputi empat jenis kediaman A hingga D dengan keluasan binaan antara 938 kaki persegi hingga 1,364 kaki persegi bermula harga dari RM684,000.

Pengasas dan Timbalan Pengerust Eksekutif Kumpulan Matrix Concepts, Datuk Seri Lee Tian Hock berkata, projek yang dijangka siap pada suku ketiga 2027 itu mendapat sambutan mengealakkan dengan 75 peratus kadar pengambilan di kedua-dua menara.

“Kami juga optimis untuk mencapai prospek semasa melalui empat jenis kediaman yang direka untuk memenuhi setiap kategori pasaran.

“Ini dapat dilihat apabila keseluruhan unit berharga paling rendah iaitu jenis A telah habis dijual,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Projek terbaru itu di sini, semalam.

Tian Hock berkata, Matrix Concepts merancang reka bentuk Levia Residence secara strategik dengan pengalaman mewah.