17 May, 2025
Matrix Concepts meraih 6 anugerah di StarProperty 2025 termasuk pengiktirafan khas untuk Bandar Sri Sendayan. Ketahui pencapaian dan projek kami.
Menerima enam anugerah di StarProperty 2025 adalah pengiktirafan yang bermakna, terutamanya Anugerah Pengiktirafan Khas Ulang Tahun ke-10 untuk Bandar Sri Sendayan, sebuah perbandaran yang telah kami bangunkan dengan penuh dedikasi selama lebih sedekad. Yang paling menggembirakan kami ialah pengiktirafan ini datang dari dua arah, penilaian juri profesional dan undian awam, mencerminkan kepercayaan industri dan komuniti sekaligus. Daripada Ferra Eka Heights yang meraih Anugerah Mesra Keluarga hinggalah kepada tiga Anugerah Pilihan Pembaca, setiap satunya adalah peringatan bahawa kerja keras pasukan kami dan kepercayaan pembeli rumah tidak pernah kami pandang ringan. Ketahui lebih lanjut tentang Bandar Sri Sendayan dan pembangunan kami yang lain di halaman pembangunan kami.
Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) merangkul enam anugerah berprestij pada Anugerah StarProperty 2025, termasuk Anugerah Pengiktirafan Khas Ulang Tahun ke-10 bagi pembangunan perbandaran unggulnya, Bandar Sri Sendayan. Pengiktirafan itu merangkumi kategori dinilai juri profesional dan undian awam, mencerminkan penghormatan industri serta sokongan masyarakat. Antara pencapaian utama termasuk Anugerah Mesra Keluarga iaitu Pembangunan Berfokus Keluarga Terbaik menerusi projek kediaman baharu, Ferra Eka Heights, di presint Eka Heights. Pengarah Eksekutifnya, Kelvin Lee berkata, inisiatif penilaian semula sempena ulang tahun ke-10 amat bermakna kerana menilai kemajuan jangka panjang pembangunan yang pernah diiktiraf. “Kami berbesar hati apabila Bandar Sri Sendayan dinilai semula dan sekali lagi menerima Anugerah Pengiktirafan Khas. “Kemenangan ini milik seluruh pasukan Matrix yang sentiasa komited memberi yang terbaik,” katanya dalam kenyataan. Matrix Concepts turut tersenarai dalam Anugerah Bintang Tersohor iaitu 10 Syarikat Tersenarai Terbaik, hasil penilaian menyeluruh terhadap kekuatan jenama, keunggulan produk dan prestasi pasaran. “Pengiktirafan ini membuktikan asas kukuh syarikat dan ketahanan pasukan kami. Ia juga penghargaan kepada pembeli rumah, rakan niaga dan pemegang taruh atas kepercayaan berterusan. “Matrix Concepts turut meraih tiga Anugerah Pilihan Pembaca iaitu Tokoh Berita Tahunan, Inisiatif CSR Paling Menyentuh Hati dan Pemaju Paling Digemari sebagai pengiktirafan terhadap impak projek, sumbangan komuniti dan kepercayaan pengguna,” ujarnya.

