Menu

Kosmo

25 May, 2023

Matrix Concepts Rekod Untung RM204 juta

Matrix Concepts rekod PAT RM204.1 juta bagi TK2023, mengatasi cabaran industri dengan jualan hartanah RM1.2 bilion dan kadar ambilan melebihi 90% di Sendayan.

Editorial.

Tahun kewangan 2023 adalah ujian sebenar bagi kami sebagai pemaju, dan kami bangga dengan hasilnya. Walaupun berhadapan dengan cabaran kekurangan buruh dan kenaikan kos bahan binaan, Kumpulan berjaya mencatat PAT RM204.1 juta dan hasil RM1.1 bilion, disokong oleh sambutan luar biasa terhadap hartanah kami di Sendayan dengan kadar ambilan melebihi 90 peratus bagi setiap pelancaran baharu. Jualan belum dibil yang mencecah RM1.4 bilion memberi kami pandangan jelas untuk 15 hingga 18 bulan akan datang. Lihat apa yang kami tawarkan di Sendayan Developments.

The Story.

PETALING JAYA – Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) telah berjaya mengatasi cabaran kekurangan bekalan buruh dan kos bahan binaan lebih tinggi tahun lalu dengan merekodkan untung selepas cukai (PAT) 1.6 peratus lebih tinggi kepada RM204.1 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023 (TK2023).

Hasil naik 25.2 peratus kepada RM1.1 bilion daripada RM892.4 juta pada tahun sebelumnya, dengan peningkatan sumbangan merentasi kesemua segmen perniagaan.

Kumpulan turut mencapai sasaran jualan hartanah baharu sebanyak RM1.2 bilion pada TK2023 daripada pembangunan tempatan, disokong cadangan nilai kukuh serta kualiti hartanah premium pada harga mampu milik bagi perbandarannya di Sendayan.

Setakat 31 Mac 2023, jualan belum dibil Kumpulan mening­kat 11.5 peratus kepada RM1.4 bilion daripada RM1.3 bilion sebelum ini, memberikan keterlihatan pendapatan untuk 15 hingga 18 bulan akan datang.

Pengerusinya, Datuk Moha­mad Haslah Mohamad Amin berkata, prestasi jualan kukuh tahun lalu menunjukkan pemahaman mendalam Kumpulan tentang keperluan pelanggan, digabungkan dengan aktiviti jualan yang berkesan melalui pelancaran produk di lapangan dan secara digital.

“Pelancaran hartanah terbaharu kami di Sendayan Deve­lopments telah mencapai kadar pengambilan yang tinggi dengan purata lebih 90 peratus dalam tempoh tiga bulan.

“Kami akan terus mengenal pasti peluang menambah bank tanah bagi melengkapkan ­capaian semasa.

“Kami akan kekal berhemat dalam menempuh tekanan pasaran,” katanya dalam satu kenya­taan yang dikeluarkan di sini. -KOSMO!ONLINE