18 December, 2023
Matrix Concepts raikan 100 kanak-kanak dari rumah anak yatim Seremban sempena Krismas di d'Tempat Country Club sebagai sebahagian daripada komitmen CSR kami.
Musim Krismas adalah masa yang paling sesuai untuk kami mengingati bahawa perayaan yang bermakna adalah perayaan yang dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Tahun ini, kira-kira 100 kanak-kanak dari rumah anak yatim di Seremban, berusia antara empat hingga 12 tahun, menyertai perayaan Christmas Candyland di d'Tempat Country Club sebagai tetamu keistimewaan kami, menikmati aktiviti, hadiah dan semangat musim perayaan yang mungkin tidak selalu mudah mereka rasai. Bagi kami, inisiatif seperti ini bukan sekadar CSR di atas kertas, ia adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk meraikan setiap perayaan utama bersama komuniti sekeliling kami. Ketahui lebih lanjut tentang usaha kemasyarakatan kami di halaman kelestarian kami.
MATRIX Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) menjalankan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan meraikan dan membantu golongan kurang bernasib baik dan memerlukan pada perayaan Krismas tahun ini.
Kira-kira 100 rumah anak yatim dan kanak-kanak kurang berkemampuan, berumur antara 4 tahun hingga 12 tahun di Seremban meraikan aktiviti Krismas yang dianjurkan semasa pelancaran Christmas Candyland di d’Tempat Country Club.
Inisiatif CSR adalah sebahagian objektif Kumpulan untuk bersama menyemarakkan semangat kebaikan dan kemurahan hati dalam memberi ganjaran kepada kanak-kanak yang memerlukan kasih sayang semasa musim perayaan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Matrix Concepts, Chai Keng Wai berkata, program CSR Krismas tahun ini mencerminkan komitmen syarikat menggalakkan pembabitan masyarakat seperti pekerja, pelanggan dan komuniti untuk meluangkan masa bersama dalam acara ini.
“Ini selaras sebahagian misi dan matlamat kami mengekalkan projek kemampanan sosial dengan menganjurkan program sedemikian pada semua perayaan utama,” katanya dalam kenyataan selepas majlis penyerahan replika cek kepada rumah kebajikan di Seremban.
Sebelum ini, Chai turut melancarkan hari pertama acara disusun di Christmas Candyland bermula 9 Disember lalu sehingga 24 Disember ini.
Orang ramai boleh menyertai aktiviti bengkel pada hujung minggu sahaja seperti mencipta manisan, kraf halia dan perhiasan Krismas.
Acara kemuncak yang dinanti-nantikan adalah pertunjukan bunga api yang menakjubkan pada Malam Krismas pada jam 10 malam, menandakan kemuncak acara itu dan sambutan tahun baharu.

