Menu

Harian Metro

20 July, 2024

Megah Sedaya, NS Corp Bangun Tanah Baharu

Megah Sedaya dan NS Corp meterai perjanjian pembangunan 405 hektar tanah baharu dalam MVV 2.0, membawa jumlah pegangan Matrix Concepts kepada 964 hektar.

Editorial.

Penambahan 405 hektar tanah baharu dalam MVV 2.0 melalui perjanjian terbaru antara Megah Sedaya dan NS Corp membawa jumlah pemilikan kami dalam koridor pembangunan strategik ini kepada 964 hektar, sebuah landasan yang kukuh untuk apa yang kami percaya akan menjadi projek transformatif dalam sejarah pembangunan Negeri Sembilan. Dengan struktur ekuiti 85:15 yang menempatkan kami sebagai pemegang majoriti, kami membawa komitmen penuh dalam menerajui perancangan induk, pelaksanaan dan penyampaian MVV City dari awal hingga akhir. Ini adalah kesinambungan semula jadi daripada pengalaman kami membangunkan Bandar Sri Sendayan selama hampir tiga dekad. Ketahui lebih lanjut tentang MVV City dan hala tuju pertumbuhan kami di halaman perniagaan kami.

The Story.

Kuala Lumpur: Matrix Concepts Holdings Bhd (Matrix Concepts) melalui anak syarikatnya, Megah Sedaya Sdn Bhd memeterai perjanjian pembangunan tanah baharu dengan NS Corporation (NS Corp) di dalam Lembah Wawasan Malaysia (MVV) 2.0.

Pembangunan tanah baharu seluas 405 hektar itu adalah tambahan kepada pemilikan Matrix Concepts di dalam MVV 2.0 sebelum ini seluas 559 hektar yang dimeterai pada Ogos 2022.

Matrix Concepts berkata, secara gabungan kumpulan kini mempunyai 964 hektar tanah yang akan dibangunkan di dalam MVV 2.0, sekali gus bakal menjadi pemangkin kepada pertumbuhan dalam pembangunan lestari berimpak tinggi.

Di bawah syarat perjanjian pembangunan tanah itu katanya, NS Corp memberikan hak pembangunan kepada Megah Sedaya, syarikat tujuan khas (SPV) yang akan bertindak sebagai pemaju induk tanah bernilai RM435.6 juta itu.

Selain itu, Matrix Concepts dan NS Corp turut menandatangani perjanjian usaha sama strategik (SJVA) bagi tanah seluas 559 hektar yang membolehkan perkongsian ekuiti 85:15 dengan Matrix Concepts sebagai pemegang majoriti.

“Kumpulan akan menerajui pembangunan tanah baru daripada pelan tindakan induk, pelaksanaan dan penyampaian komponen pembangunan selain mendapatkan keperluan pembiayaan diperlukan.

“Pertimbangan untuk hak pembangunan dan kos pembangunan awal hendaklah dibiayai melalui campuran dana dan pinjaman yang dijana secara dalaman,” katanya dalam satu kenyataan.