30 September, 2022
Pusat Perubatan Mawar sasar hasil RM60 juta menjelang Mac 2023, dengan 77 katil dirancang dan RM451,000 disalurkan untuk pesakit kurang berkemampuan di Negeri Sembilan.
Komitmen kami terhadap komuniti Negeri Sembilan bukan sekadar melalui pembangunan hartanah, tetapi turut merangkumi akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti dan mampu milik. Di bawah kepimpinan pengasas kami Datuk Seri Lee Tian Hock, Pusat Perubatan Mawar terus berkembang dengan sasaran hasil RM60 juta menjelang Mac 2023, disamping memperluas kemudahan kepada 77 katil. Lebih dari itu, sehingga Mac lalu, sebanyak RM451,000 telah disalurkan untuk membantu 169 pesakit yang kurang berkemampuan, mencerminkan semangat tanggungjawab sosial yang sentiasa menjadi teras cara kami beroperasi. Ketahui lebih lanjut tentang komitmen kemampanan dan komuniti kami.
Pusat Perubatan Mawar (MMC) menyasarkan hasil sebanyak RM60 juta menjelang Mac 2023, selepas merekodkan prestasi memberangsangkan dengan pendapatan RM44.61 juta bagi tempoh 12 bulan berakhir Mac 2022, melepasi sasaran awal.
Bagi menyokong pertumbuhan, MMC sedang meningkatkan kapasiti hospital kepada 77 katil menjelang akhir 2024 serta terus melabur dalam kemudahan, teknologi dan peralatan perubatan dengan peruntukan RM8.4 juta.
Selain memperkukuh operasi, MMC turut komited terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan membantu pesakit kurang berkemampuan melalui subsidi dan tajaan, di samping menyumbang kepada pembangunan sektor pendidikan dan kesihatan melalui dana kepada UTAR.