08 April, 2023
Yayasan Matrix Concepts peruntukkan lebih RM300,000 untuk program CSR 2023, bantu asnaf, anak yatim, warga emas dan 10 sekolah di Negeri Sembilan.
Memberi kembali kepada masyarakat bukan sekadar tanggungjawab, ia adalah sebahagian daripada cara kami beroperasi sejak sekian lama. Tahun ini, Yayasan Matrix Concepts memperuntukkan lebih RM300,000 untuk pelbagai program CSR, merangkumi bantuan kepada golongan asnaf, anak yatim, warga emas dan 10 buah sekolah di Negeri Sembilan termasuk SJKT yang memerlukan sokongan. Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim yang diadakan semula selepas empat tahun terhenti akibat Covid-19 turut menjadi antara momen yang paling bermakna bagi kami tahun ini. Ketahui lebih lanjut tentang inisiatif kemampanan dan komuniti kami.
Yayasan Matrix Concepts memperuntukkan dana lebih RM300,000 pada tahun ini bagi pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) termasuk bagi membantu golongan asnaf dan anak yatim.
Pengerusinya, Datuk Noordin Mohd. Yatib berkata, menerusi peruntukan itu, bantuan turut diberikan kepada pihak sekolah yang memerlukan bantuan bagi tujuan meningkatkan kemudahan di sekolah terbabit. “Peruntukan sebanyak RM300,000 ini bagi memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan. Kami juga bersedia memberi bantuan sekiranya ada golongan yang memerlukan seperti kejadian kes kebakaran rumah yang berlaku. “Selain kepada anak-anak yatim dan warga emas, kami juga pada tahun ini turut memberi bantuan kepada 10 buah sekolah di negeri ini yang agak daif termasuk daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
“Kami juga berharap orang ramai atau individu yang mengetahui ada kes yang berkaitan agar tampil memaklumkan kepada pihak kami agar bantuan dapat diberikan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Yayasan Matrix Concepts di sini semalam.
Noordin dalam pada itu berkata, program majlis berbuka puasa itu yang turut meraikan anak-anak yatim adalah kembali dapat diadakan selepas kali terakhir pada tahun 2019 akibat penularan wabak Covid-19.

