Menu

Utusan Malaysia

24 November, 2023

Untung bersih Matrix Concepts melonjak 26.6 peratus

Matrix Concepts catat lonjakan untung bersih 26.6% kepada RM64 juta bagi Q2 FY2024, didorong Sendayan dan pengembangan ke MVV2.0 Negeri Sembilan.

Editorial.

Suku kedua tahun kewangan 2024 mencatatkan prestasi yang membanggakan bagi kami, dengan keuntungan bersih melonjak 26.6 peratus kepada RM64.0 juta dan hasil meningkat kepada RM359.4 juta. Pembangunan di Sendayan kekal sebagai penyumbang terbesar, dengan 94.8 peratus jualan hartanah baharu datang daripada kawasan tersebut. Yang lebih mengujakan, kami turut melangkah ke hadapan dengan pengambilan tanah 1,382.2 ekar di Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV2.0), Negeri Sembilan, seiring dengan hasrat kami untuk terus berkembang secara mampan. Ketahui lebih lanjut tentang perniagaan dan hala tuju kami di sini.

The Story.

Pemaju hartanah, Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) mencatatkan lonjakan dalam keuntungan bersih sebanyak 26.6 peratus kepada RM64.0 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2024, berakhir 30 September2023 (2024).

Kumpulan mendapat manfaat daripada penormalan aktiviti pembinaan dengan hasil meningkat sebanyak 616 peratus kepada RM359.4 juta daripada RM222.4 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.

Syarikat itu berkata, pertumbuhan yang ketara itu didorong oleh prestasi teguh bahagian pembangunan hartanah yang menyaksikan peningkatan ketarа 65.0 peratus dalam sumbangan hasil, berjumlah RM350.3 juta.

Jelasnya, pembangunan di Sendayan yang merupakan projek penting bahagian hartanah Kumpulan, menyumbang pendapatan RM340.5 juta, peningkatan ketara sebanyak 86.0 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Perbandaran Matrix Concepts yang lain iaitu Bandar Seri Impian di Kluang, Johor, merekodkan pendapatan sebanyak RM8.1 juta, susut 56.0 peratus, manakala pembangunan pertama Matrix Concepts di Lembah Klang, The Chambers, menyumbang sebanyak RM1.7 juta.

“Prestasi unit hartanah Matrix Concepts telah dilengkapkan dengan unit perniagaan lain iaitu bahagian pendidikan dan hospitaliti, menyumbang RM9.1 juta kepada hasil 2024.

Unit-unit ini mencatatkan penurunan sebanyak 9.0 peratus daripada tahun sebelumnya, disebabkan pengurangan sumbangan bahagian hospitaliti, walaupun sedikit peningkatan hasil oleh bahagian pendidikan,” katanya dalam kenyataan.

Tambahanya, jualan hartanah baharu kekal sebagai tumpuan utama Matrix Concepts dengan menyaksikan jualan sebanyak RM310.8 juta, menunjukkan selera pasaran yang kukuh dan berterusan untuk hartanah Kumpulan, dengan 94.8 peratus datang daripada Pembangunan di sendayan.

Sehingga 30 September 2023, jualan belum dibil Matrix Concepts berjumlah RM1.3 bilion. Pengerusi, Matrix Concepts, Datuk Mohamad Mohamad Amin berkata, walaupun menghadapi cabaran Tahun Kewangan 2022 dan separuh pertama Tahun Kewangan 2023, Matrix Concepts tetap yakin dengan prospek prestasi, disokong oleh sambutan pasaran yang menggalakkan.

“Pendapatan penambahhaikan yang dicatatkan sepanjang lima suku kewangan yang lalu menekankan daya tahan kami dan komitmen pendekatan yang mampan terhadap strategi kami.

“Ini memberi kami dorongan untuk lebih optimistik pada pengembangan masa depan kami, termasuk kemajuan ke arah pembangunan perbandaran kami vang akan datang di Malaysian Vision Valley 2.0 (MVV2.0) of Negeri Sembilan,” katanya Pada 14 November lalu, Matrix Concepts telah memperoleh kemudahan pembiayaan RM512 juta untuk membiayai pengambilan tanah 1,382.2 ekar di MVV2.0 di Negeri Sembilan serta permuIaan kos pembangunan termasuk keperluan infrastruktur.