29 October, 2022
Matrix Concepts sambut Deepavali dengan acara Matrix Dazzling Deepavali 2022 di Bayu Sutera Galleria, Bandar Sri Sendayan, lengkap dengan dekorasi, tarian dan bunga api.
Deepavali adalah perayaan cahaya, dan kami ingin memastikan semangatnya terasa di setiap sudut Bandar Sri Sendayan. Acara Matrix Dazzling Deepavali 2022 di Bayu Sutera Galleria menghadirkan dekorasi yang mempesonakan, tarian Bollywood, seni inai dan bunga api untuk dinikmati seluruh komuniti kami dari pukul 6 petang hingga 10 malam setiap hari sehingga 30 Oktober. Bagi kami, meraikan setiap perayaan bersama-sama adalah sebahagian daripada semangat komuniti yang telah kami bina di Bandar Sri Sendayan sejak sekian lama. Ketahui lebih lanjut tentang kehidupan di perbandaran kami.
Sempena sambutan Deepavali yang masihdiraikan, syarikat pemaju har-tanah terkemuka, Matrix Concepts Holding Bhd. (Matrix Concepts) mengadakan acara Matrix Dazzling Deepavali 2022 yang telah bermula di Bayu Sutera Galleria, Bandar Sri Sendayan, di sini sehingga 30 Oktober ini. Ketua Pegawai Pemasaran Matrix Concepts, Lim Kok ree berkata, menerusi acara tersebutBayu Sutera Galleria akan aiasi dengan dekorasi sempena pesta cahaya selain turut diadakan pelbagai aktiviti menarik.