21 January, 2025
Yayasan Matrix Concepts raikan 35 ahli Pertubuhan Kebajikan OKU Seremban sempena Tahun Baru Cina dengan sumbangan RM5,000. Ketahui usaha kemasyarakatan kami.
Menjelang Tahun Baharu Cina, Yayasan Matrix Concepts mengambil kesempatan untuk meraikan 35 ahli dan enam penjaga dari Pertubuhan Kebajikan Orang Kurang Upaya Seremban, bersama sumbangan RM5,000 sebagai tanda sokongan kami kepada komuniti OKU di Negeri Sembilan. Bagi kami, perayaan yang bermakna adalah perayaan yang turut mengingati mereka yang mungkin tidak selalu berada di tumpuan perhatian. Semangat itulah yang terus mendorong kerja-kerja Yayasan Matrix Concepts dari tahun ke tahun. Ketahui lebih lanjut tentang inisiatif kemasyarakatan kami di halaman kelestarian kami.
Sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi, Yayasan Matrix Concepts meraikan kira – kira 35 orang ahli Pertubuhan Kebajikan Orang Kurang Upaya Seremban di sini semalam.
Pengerusi Yayasan Matrix Concepts, Datuk Noordin Mohd. Yatib berkata, pada program itu, pihaknya turut memberikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada pertubuhan tersebut.
“Sambutan Tahun Baharu Cina ini adalah masa untuk muhasabah, berterima kasih dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
“Oleh itu, kami di Yayasan Matrix Concepts tampil meraikan 35 ahli dan enam penjaga daripada Pertubuhan Kebajikan Orang Kurang Upaya Seremban ini.
“Acara sebegini memberi semangat sebenar dalam meraikan perayaan dengan menggalakn rasa perpaduan dan menunjukkan kita bertanggungjawab untuk menjaga antara satu sama lain,” katanya.
Yang hadir sama pada program itu ialah penasihat Yayasan Matrix Concepts, Datin Seri Yong Chou Lian.

