Menu

Utusan Malaysia

14 March, 2025

Yayasan Matrix Concepts beri sumbangan, raikan anak yatim

Yayasan Matrix Concepts sumbang RM5,000 kepada empat rumah kebajikan sempena Ramadan di Bandar Sri Sendayan. Ketahui usaha kemasyarakatan kami.

Editorial.

Bulan Ramadan sentiasa menjadi waktu untuk kami berhenti sejenak dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan, dan majlis berbuka puasa bersama empat buah rumah kebajikan di Bandar Sri Sendayan tahun ini sekali lagi mengingatkan kami betapa bermaknanya tradisi ini. Menerusi Yayasan Matrix Concepts, sumbangan RM5,000 disalurkan kepada setiap rumah kebajikan termasuk Darul Asnaf Seri Tanjong, Darul Asnaf Seri Sendayan, Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan dan Bengkel Seri Sembilan, lengkap dengan duit raya dan cenderahati untuk anak-anak yatim dan penghuni. Inilah semangat perpaduan dan muhasabah yang cuba kami pupuk setiap tahun. Ketahui lebih lanjut tentang kerja-kerja kemasyarakatan kami di halaman kelestarian kami.

The Story.

Sempena bulan Ramadan ini, pihak Yayasan Matrix Concepts memberikan sumbangan dan meraikan penghuni tiga buah rumah kebajikan dan pelatih kemahiran dalam kalangan orang kurang upaya pada majlis berbuka puasa di Bandar Sri Sendayan di sini semalam. Pengerusinya, Datuk Noordin Mohd. Yatib berkata, rumah-rumah kebajikan itu terdiri daripada Darul Asnaf Seri Tanjong, Darul Asnaf Seri Sendayan dan Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan dan pusat latihan Bengkel Seri Sembilan. Katanya, menerusi program berkenaan, pihaknya turut menyumbang sebanyak RM5,000 kepada semua rumah kebajikan terlibat. “Sebagai cabang amal syarikat pemaju perumahan dan hartanah, Matrix Concepts Holdings Bhd. (Matrix Concepts) kami terus komited membantu masyarakat yang memerlukan. “Kami bersyukur diberi peluang untuk berkongsi rezeki dan kegembiraan bersama anak-anak yatim dan penjaga empat buah rumah kebajikan ini. “Seperti tahun-tahun sudah, program sebegini dapat memupuk semangat perpaduan selain muhasabah dan menghayati intipati bulan Ramadan,” katanya di sini. Katanya, sumbangan kewangan dan pemberian duit raya, cenderahati turut disampaikan kepada setiap rumah kebajikan tersebut.